Nawab Zulfikar Ali Magsi (kiri) dilucutkan jawatan berikutan konflik mazhab di Quetta.

QUETTA - Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervez Ashraf, mengambil keputusan melucutkan jawatan Gabenor Baluchistan, Nawab Zulfikar Ali Magsi selepas kejadian serangan bom di wilayah Quetta, minggu lalu.

Keputusan itu dilakukan selepas beliau mengadakan  mesyuarat dengan pemimpin kumpulan Islam Syiah semalam.

Raja Pervaiz Ashraf berkata, tindakan itu wajar bagi meredakan pergolakan yang mula tercetus.


Pada kejadian itu, seramai 92 terkorban selepas terkena ledakan bom berani mati yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan Muslim Sunni, Lashkar-e-Jhangvi di kawasan yang dikuasai Syiah dari etnik minoriti Hazara.

Sementara itu, pemimpin Syiah berkata, kesemua mayat itu tidak akan dikebumikan sehingga Raja Pervez Ashraf menunaikan janjinya melaksanakan pelucutan jawatan Gabenor Baluchistan atau gerakan tunjuk perasaan akan terus dilakukan. - AP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top