KUALA LUMPUR : Sedang menghitung detik untuk melahirkan anak sulungnya, pelakon wanita, Memey Suhaiza memilih hospital Kohilal Melawati, hospital yang sama bekas isteri Norman Hakim, Abby Abadi melahirkan tiga anaknya.

Pemilihan itu dipersetujui dan atas pilihan Norman sendiri kerana sudah biasa dengan khidmat para doktor dan jururawat di sana.

Justeru, Memey tiada masalah untuk melahirkan anak sulungnya dan memikirkan itu kemudahan buat dirinya.


Malah, Memey juga tidak kisah asalkan kesihatan dirinya dan bayi yang bakal dilahirnya berada dalam keadaan baik.

“Untuk menyambut kelahiran yang pertama ini nanti Memey dan abang Norman dah pilihan sebuah hospital di Melawati iaitu Hospital Kohilal Melawati.

“Hospital ini abang Norman yang pilihkan sebab hospital ini juga merupakan tempat bekas isteri dia iaitu Kak Abby lahirkan anak-anak mereka sebelum ini. Bagi Memey ok je, tak kisah pun hospital mana, yang penting nanti bayi dan ibunya ni selamat dan sihat,” kata Memey yang dipetik dari portal Buahmulut.com.

Memandangkan melahirkan anak adalah pengalaman pertama buat Memey, lumrah bagi ibu yang mengandung untuk menjaga kandungannya dengan penuh berhati-hati.

Memey akan memastikan setiap pergerakan fizikalnya sentiasa dijaga untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak dingini akan berlaku.

“Semakin nak dekat tarikh untuk lahirkan baby ni, makin berhati-hati saya dalam setiap pergerakan, Abang Norman pun sama juga dia dah jadi semakin prihatin,” katanya.

Memey dan Norman telah bernikah pada 24 September 2011 dan merupakan perkahwinan kali kedua bagi Norman selepas bercerai dengan Abby Abadi. – MyNewsHub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top