PENGURUS veteran Manchester United, Sir Alex Ferguson menegaskan Cristiano Ronaldo lebih bagus berbanding pencapaian dilakar bintang Barcelona,  Lionel Messi.

Fergie berkata, bekas anak didiknya itu yang kini bersama gergasi La Liga,  Real Madrid percaya aksi Ronaldo masih di atas Messi.


"Tiada banyak perbezaan antara mereka. Kedua-duanya merupakan pemain terbaik di dunia saat ini .



"Lihat kembali pada zaman 60-an, Alfredo Di Stefano, Ferenc Puskas dan Eusebio muncul pemain terbaik era itu. Begitu juga, Johan Cruyff dan Franz Beckenbauer handal pada 70an dan kemudiannya lahirnya Marco van Basten pada 80-an.

"Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan Messi dan Ronaldo pemain generasi baharu yang mencetuskan fenomena seluruh dunia," katanya berharap persaingan ini tidak menggugat tahap permainan mereka di padang.

Menurut Fergie, dia lebih mengenali corak permainan Ronaldo kerana telah bermain di Old Trafford selama enam tahun di bawah jagaannya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top