Juruelektrik dipenjara lima tahun perkosa gadis 12 tahun
GEORGE TOWN - Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, semalam dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.
Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25.000 pada Ogos lepas.
Dalam penghakimannya, Zakaria berkata, persetujuan mangsa (melakukan hubungan seks) tidak boleh diambil kira dalam kes rogol dan tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Pada 20 Julai, Guan .Jiu mengaku bersalah merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 12 tahun di flat di Air Itam di sini antara pukul 7 pagi dan 1 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara pukul 2.25 petang dan 2.45 petang keesokan harinya.
Guan Jiu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda