Si gebu layan kaki judi
Kuala lumpur - Pengusaha pusat judi siber di ibu negara cukup kreatif menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik kaki judi berkunjung ke pusat pertaruhan mereka.
Ini termasuk mengupah wanita seksi, gebu dan berperwatakan menarik untuk melayan kaki judi yang kebanyakannya lelaki separuh umur yang ada antaranya berkunjung ke situ hanya untuk mendapat ‘kasih sayang palsu’.
Mendedahkan perkembangan itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, helah itu membuatkan kebanyakan pekerja wanita berkenaan berperanan seperti pelayan pelanggan (GRO).
Menurutnya, pihaknya mengesan pengusaha pusat judi siber menyediakan pelayan yang kebanyakannya wanita tempatan untuk melayan pelanggan menjamu selera, menukar wang dan teman berbual ketika asyik berjudi, selain taktik mengikat kaki judi supaya duduk lebih lama di premis berkenaan untuk menghabiskan duit mereka.
Berdasarkan maklumat yang diterima, katanya, cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menggempur beberapa pusat perjudian sekitar daerah berkenaan dalam usaha mengekang kegiatan perjudian di daerah berkenaan, Khamis lalu.
“Serbuan diketuai bersama Inspektor Zaili Zakaria itu membabitkan pemeriksaan di sembilan premis perjudian siber dan rampasan sebanyak 86 mesin judi dengan wang tunai RM1.540.
“Polis turut menahan sembilan pekerja premis selain 19 kaki judi dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, operasi di rumah kedai Jalan Puchong Mesra 1 dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dan maklumat mengenai kewujudan pusat perjudian di situ.
Metro Ahad yang turut serta dalam serbuan itu pada mulanya teruja melihat beberapa wanita cantik turut ditahan di sebuah premis perjudian, namun selepas disoal siasat mereka mendakwa pekerja sebuah kedai berhampiran yang menumpang teduh di pusat perjudian itu.
Bagaimanapun, mereka turut di bawa ke IPD untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Mohan berkata, polis sedar helah digunakan sindiket untuk menarik perhatian pelanggan dan pihaknya tidak akan terlepas pandang, malah akan melakukan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda