Isteri mabuk jatuh tingkat tiga
Kuching - Seorang wanita yang mabuk nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Pusat Perniagaan Chong Lin Park di sini, semalam, ketika bertengkar dengan suaminya yang menghalangnya keluar rumah untuk minum sekali lagi bersama beberapa rakannya yang sedang menunggu.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun baru pulang dari minum arak di kedai makan berhampiran rumahnya, namun dia meminta izin suaminya untuk keluar semula, tetapi tidak dibenarkan lelaki itu.
Menurut sumber, mangsa dikatakan naik berang selepas permintaannya tidak dipenuhi sehingga mencetuskan pertengkaran.
Katanya, mangsa dikatakan berdiri terlalu dekat dengan tingkap sambil mengamuk menyebabkannya gagal mengimbangi badan lalu terjatuh.
“Akibat kejadian itu, mangsa patah kaki kanan, selain mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” katanya. Menurutnya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan dipindahkan ke wad biasa.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda