Kita sering berkata, binatang pun tahu sayangkan anak, inikan pula manusia.

Tapi tidak bagi seorang rakyat China, yang hanya dikenali sebagai Chen sahaja di mana dia berani melakukan satu tindakan yang dikira terlalu bodoh.

Kerana nafsu dan kasih sayangnya kepada seorang lelaki yang juga kekasih ‘gelapnya’, Chen sanggup membuang anaknya sendiri.


Chen mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Xiao Feng, 18 bulan, yang lahir pada bulan Mei tahun lalu hasil dari hubungannya dengan kekasihnya, Xu.

Mereka berdua hidup seperti suami isteri sejak empat tahun lalu dan tidak pernah berfikir untuk mengakhiri hubungan dengan satu perkahwinan.

Sebelum ini, Chen dan Xu dilaporkan sentiasa berada dalam keadaan baik sahaja.

Namun, pada bulan lalu, Chen dan Xu telah bertengkar dan Chen telah bertindak keluar dari kediaman kelamin mereka yang terletak di Minhou, daerah Fujian, China.

Tindakan yang dilakukan oleh Chen itu kerana dia ingin bertemu dengan kekasih ‘gelapnya’ yang seorang lagi.

Chen dilaporkan telah menginap di sebuah hotel selama tiga malam bersama dengan Feng.

Selama tiga hari itu, Chen telah kehabisan wang perbelanjaannya sebelum dapat bertemu kekasih ‘gelapnya’.

Disebabkan dia tidak berkemampuan, Chen telah menjual Feng dengan harga 5,000 yuan (RM2,460) pada 10 Oktober lalu supaya dia mempunyai duit perbelanjaan.

Dengan wang yang ada, Chen telah membeli barangan peribadi dan termasuklah telefon bimbit baru sebelum bertemu kekasihnya.

Namun, disebabkan kebodohannya yang memberitahu bapa Feng tentang perbuatannya itu, Xu telah membuat laporan polis dan Chen telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Turut ditahan adalah sepasang suami isteri yang turut membantu Chen dalam proses menjual Feng kepada seorang lelaki yang memerlukan anak.

Feng berjaya ditemukan semula dengan bapanya, Xu pada awal bulan ini selepas pihak polis menahan Chen.

Inilah dikatakan kerana nafsu, semua kehendak dituruti. – Daily Chilli

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top