Jika Perempuan Berseluar, Salahkah Saya Berskirt?
Sudah menjadi seperti satu trend masa kini, apa yang lelaki boleh lakukan wanita juga boleh dan begitulah sebaliknya.
Di Russia, terdapat satu kejadian yang boleh dikatakan agak pelik terjadi pada seorang lelaki berusia 44 tahun ini.
Dia adalah Vladimir Fomin, berasal dari Kineshma, sekitar wilayah Ivanovo Russia.
Vladimir menjadi seperti seorang selebriti sejurus selepas dia dibuang universiti akibat sering memakai pakaian perempuan.
Lelaki memakai pakaian perempuan? Itu bukanlah perkara biasa kerana golongan mak nyah memang berpakaian seperti itu.
Tetapi berbeza dengan Vladimir kerana dia bukan gay, maknyah atau sengaja mahu mencari perhatian orang ramai!
Dia sebenarnya sedang menegakkan hak yang mana lelaki boleh memakai apa saja pakaian yang mereka suka.
Mengapa wanita dibenarkan memakai seluar, tetapi lelaki tidak dibenarkan memakai skrit? Begitulah pandangannya.
Tetapi tindakannya itu hanya memakan diri sendiri apabila dia bukan saja dibuang universiti malah penajaan biasiswanya turut ditarik balik.
Lebih teruk, dia juga dipinggirkan oleh kawan-kawan dan ahli keluarga.
Selain itu, Vladimir turut pernah dipukul semasa sedang bersiar-siar di kawasan kejiranan ketika memakai gaun.
Dalam temubualnya bersama surat khabar Chronometer, dia memberitahu pada zaman purba Roman dan Greek pun mereka tidak pernah memakai seluar.
Tambahnya, memakai seluar akan menimbulkan perasaan negatif dan masalah kesihatan tidak kira kepada lelaki mahupun perempuan.
Malah, menurutnya, ramai yang setuju dengannya tetapi mereka tidak mahu mengaku dan malu untuk ikut jejak langkah Vladimir.
Dia yang kini tidak bekerja sanggup melepaskan cita-cita dan karier demi semata-mata mahu memperjuangkan kepercayaannya itu.
Kesian jugak dekat dia ni. – Odditycentral
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda