Hari ini Motivator Cinta ingin berkata tentang masalah yang dihadapi oleh segelintir pasangan yang sudah berkahwin iaitu memiliki pasangan yang terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan keluarga. Masalah yang sering dihadapi ini kebanyakan beralasan ingin mencari kemewahan dan mencari nafkah yang cukup untuk memberi kesenangan kepada keluarga. Namun begitu, selain wang dan harta benda, terdapat sesuatu yang lebih penting yakni cinta dan kasih sayang.

Ramai isteri-isteri dan anak-anak yang terabai, dan tak dapat merasai kasih sayang seorang suami dan ayah. Apa taknya, ayahnya asyik berada di pejabat sepanjang masa, sibuk dengan kerja entah bila akan habis.



Majalah Fortune pernah membuat kajian dalam kalangan Chief Executive Officer(CEO) yang tersohor di dunia mengenai tahap kesejahteraan rumah tangga mereka. Terkejut!.. Hanya 10% sahaja dalam kalangan mereka yang tidak mengalami keruntuhan rumah tangga. Manakala 90% lagi mengalami krisis rumah tangga.

Apalah ertimya kejayaan memimpin organisasi yang mempunyai ribuan pekerja serta berbilion dolar aset dan keuntungan, tetapi gagal memimpin rumah tangga sendiri. Mengapa?..Ini kerana kebahagiaan rumah tangga adalah asas dan teras kebahagiaan dalam kehidupan. Ingat selalu, kita tidak akan bahagia selagi orang di sekeliling kita tidak bahagian. Siapakah orang di sekeliling kita?..yang terhampir tentulah isteri dan anak-anak kita.

Jadi, apalah gunanya jika kita disanjung sebagai tokoh perniagaan tersohor ataupun tokoh negarawan terunggul, sekiranya isteri dan anak-anak menilai kita sebagai suami atau ayah yang gagal.

Rumah tangga adalah wadah untuk kita menikmati mawaddah wa rahmah(sifat kasih sayang dan belas kasihan) setelah bergelombang dengan pelbagai cabaran diluar. Namun bagaimana rasanya apabila kita pulang ke rumah, tetapi ketenangan dan rahmat yang kita harapkan itu tiada?

Jangan Tinggalkan Matlamat

Ramai orang apabila ditanya; “Mengapa kamu bekerja?” atau “Mengapa kamu berniaga?”, kebanyakan mereka akan menjawab; “Untuk menyara dan membahagiakan anak-anak dan isteri saya”. Sebaliknya, mengapa ramai yang terlalu fokus, serius dan bertungkus lumus bekerja sehingga mengabaikan keluarga?.

*Kerja itu adalah hanya alat untuk mencapai matlamat yakni kebahagiaan rumah tangga. Matlamat itu tentulah lebih utama daripada alat. Jadi, jangan pinggirkan atau korbankan cinta hanya kerana mengejar kejayaan dalam kerjaya

Pandai-pandailah anda mengurus antara masa untuk kerja dan keluarga. Sekali sekala, ambil satu hari cuti untuk anda bersama keluarga, keluar beriadah bersama, sesibuk mana pun kita, pastikan ada masa untuk keluarga, beri erti kebahagiaan kepada keluarga anda, bukan hanya wang dan harta yang mereka perlukan, mereka juga perlukan kasih sayang dan CINTA anda.

Kredit kepada: Mencari Sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top