Kerana Bayi Hodoh,Isteri Disaman Suami Sendiri! | CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.-mynewshub

Posting Komentar

  1. Amboi saman isteri kunun huduh...mcm la ngko tu hensem sgt..

    BalasHapus
  2. lelaki mcm ni x layak kawen ngan mana2 pompuan pun.. dah la x hensem, x bersyukur lak tu.. ada anak dah mujur

    BalasHapus
  3. kalau macam ni bukan kawin sebab cinta ni tapi sebab rupa. bini bagi anak pun tak reti nak bersyukur. ingat senang perempuan cantik sanggup tahan perit melahirkan anak. semua perempuan cantik tapi ko tu buta

    BalasHapus
  4. Cuba tgk baby tu kalau tak silap muka baby serupa mcm muka ayah dia yg tak hensem tu....kesian ibu dia. Penghinaan pada pompuan..

    BalasHapus
  5. astaghfirullah.. orang yang tak pandai bersyukur macam inilah. Hakim pun tak boleh berfikir waras. Entahlah. Dunia oh Dunia ;'(

    BalasHapus
  6. dah la tak ensem dahi jendul...adoi..biasa anak perempuan ikut muka bapak la..cmni punye org pon ade?

    BalasHapus
  7. bapak dia bkn hensem pon.. nk salahkan baby tu lak.. baby tu ikut muka bapak dia je aku tgok

    BalasHapus
  8. Xnmpk mcm hodoh pown babygirl kat lam pic nie..yg nmpk hodoh mix bodoh adalah ayah dya......syukur la aku xda ayah daripada dpt ayah spisis cam nie..

    BalasHapus
  9. tu la penangan mengubah ciptaan Allah. dua2 ekor manusia ni xreti bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan....

    http://hinorent.blogspot.com

    BalasHapus
  10. Macam Richard Teoh tu.... kesalahan wanita ini ialah apa yg law panggil Misrepresentation. Macam menipu sebelum akad nikah.

    BalasHapus
  11. Tak sedar yang kita tuh lagi hodoh..bersyukur dengan ciptaan-Nya..bapak macam haperr lerrrr kome ni yeppp..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top