Tolong Jangan Buat Fitnah! - Sharnaaz Ahmad | DEMIKIAN reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.

Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.



Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegasnya.

Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

“Saya dah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.

“Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

“Selain kerja, saya juga kini bergiat aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti,” akhirinya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top