Buruh Ditahan Cabul Kanak-Kanak
Buruh Ditahan Cabul Kanak-Kanak | SEORANG buruh binaan ditahan di Miri, Sarawak pada pukul 1.30 pagi semalam selepas disyaki melakukan serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun beberapa jam sebelum itu.
Suspek yang berusia 42 tahun merupakan rakan baik kepada bapa mangsa dan juga mereka bersama sering keluar minum bersama.
Menurut laporan Borneo Post Onlien, kejadian itu terbongkar pada tengahari Ahad selepas kedua-duanya menghabiskan masa minum bersama dengan rakan-rakan buruh di sebuah kuarters buruh di Jalan Bakam.
Selepas itu, suspek membawa mangsa bersiar-siar pada pukul 5.30 petang sehingga pukul 6 petang dan mangsa dihantar ke rumah pada pukul 7 malam.
Bagaimanapun, mangsa menangis tanpa henti sebaik tiba di rumah.
Pada pukul 11 malam, ketika semua sudah bersiap untuk tidur, keluarga mangsa menyedari kanak-kanak perempuan itu hendak membuang air kecil.
Ketika memeriksa lampin kanak-kanak itu, mereka menemui kesan darah padanya.
Bapa mangsa segera menemui suspek kerana suspek adalah orang terakhir yang berada bersama anaknya.
Suspek mengaku kepada bapa mangsa, bahawa dia telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.
Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Kong ketika dihubungi Borneo Post, berkata suspek ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi dan dibawa ke Balai Polis Miri.
Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang seseorang dengan niat mencabul kehormatan mereka.
Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun, didenda dan boleh dikenakan sebatan atau mana-mana kombinasi keduanya.
Foto dan Sumber : Borneo Post Online via mynewshub
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda