Suami belasah isteri masih menaruh harapanBUKIT MERTAJAM 22 Okt. - Pegawai veterinar yang menghadapi tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada Ogos lalu, masih berharap wanita berkenaan memikirkan semula tentang hubungan mereka.

Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum dengan kenyataan isterinya sebelum ini mengatakan sudah tidak mahu lagi kembali ke pangkuannya.

"Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebelum itu, Majistret Ariff Mohamed Sharif, menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes terhadap Muhammad Affandi yang didakwa sengaja menyebabkan mencederakan ke atas isterinya, disebabkan dokumen kes itu belum siap.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berusia 36 tahun di dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Affandi diwakili peguam R. Palaniappan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.

Pada 12 September lalu, Muhammad Affandi selepas hadir sebutan kes di mahkamah tersebut memberitahu pemberita, dia masih menyayangi isteri dan mahu keluarganya hidup bahagia.

Sehari selepas itu, isterinya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang menyatakan tekad tidak akan kembali ke pangkuan lelaki tersebut.

Wanita itu menegaskan bahawa perbuatan lelaki itu terhadapnya sebelum ini cukup menyedihkan dan tidak ada lagi perasaan sayang kepadanya, begitu juga dengan anak-anak yang tidak lagi bertanya mengenai ayah mereka.

Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video selama 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun itu dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka.-sumber

Posting Komentar

  1. dia kan berbini dua.. kalau ko sayang sgt kat bini 1st buat apa kau cari lain. Kalau btl ko syg rasanya kau tak sepak terajang atas apapun alasan.
    Panas >>GADGET SAMSUNG MEROSAKKAN UMAT ISLAM?
    Panas >>GAMBAR BAKAL NURSE BERTUDUNG DENGAN ANU LELAKI

    BalasHapus
  2. Ooo.. Ada 2 bini rupenye lelaki, nie ingatkan cume ada satu tu aje.
    Tentu bini nomor dua bangga dengan tindakan laki dia belasah bini tua. Silap silap dia pujuk laki dia suh belasah lagi bini tua hahaha.
    Kuang ajo punye laki

    BalasHapus
  3. maaf xdapat nak beri komen yang baek atas sebab x tau kisah disebalek kejadian yg berlaku apa pon cari lah jalan penyelesaian yg terbaek mengikut lunas2 islam agar kedua2 pehak berpuas hati insyallah

    BalasHapus
  4. Bila lelaki dah pukul perempuan macam tu.. susah sebenarnya perempuan tu nak terima lelaki tu balik. Kalau dah bekas isteri tak nak terima.. redha je lah. lagi pun dah memang salah diri sendiri kan. Lepas ni kalau marah sangat jangan lah menggunkan kekerasan... Mengucap banyak2.. dan g lah amek Wudhu kalo masih x reda lagi... Perempuan kan untuk disayangi bukan untuk disakiti kan.. Fikir2kan..

    BalasHapus
  5. Era nazira
    Lelaki akhir zaman .... DAYUS ! ?

    KAU NI ANAK LUAR NIKAH KA APA... semua 50/50 suda ma...

    KALAU CAKAP PEREMPUAN AKHIR ZAMAN PELACUR KA APA KA.. BAGUS KA TU, SESUAI KA.. bodoh punya perempuan..

    Sekarang makin banyak pelacur.. kalau saya cakap perempuan akhir zaman pelacur.. bole ka? tentu xbole ma.. xpatut saya cakap macam tu..

    kalau mcm tu saudara lelaki kau dayus semua..betul? termasuk bapa kau dayus.. dorang pun lelaki akhir zaman..betul kan dayus juga..sebab kau yg mengatakan begitu..

    hal org laki bini gaduh.. kau sebut lelaki akhir zaman pula.. bangang kau ni..

    BalasHapus
  6. bekas bini dia ckp: pegi jahanam kau!

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top