6 Gambar Sekitar Pengebumian Jamalul Kiram III  | Seperti diketahui umum, individu yang mendakwa dirinya sultan Sulu, Jamalul Kiram III telah meninggal dunia di Hospital Manila, Filipina, Ahad lalu disebabkan kegagalan organ.

Jenazah beliau kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Jolo, Sulu sebelum disembahyangkan di Masjid Biru, Taguig.

Seterusnya, upacara pengebumian dijalankan mengikut tradisi Kesultanan Sulu  dengan kehadiran ahli keluarga dan para pengikutnya.

Berikut, antara gambar-gambar upacara pengebumian yang telah berlangsung di Maimbung.

Jika diimbas semula,  kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada  9 Februari 2013 hingga memaksa pasukan keselamatan Malaysia bertindak.

Akibatnya, 52 pengganas yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III telah terbunuh.-mynewshub






Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top