Kakak Saya Bukan Syok Sendiri - Anzalna Nasir | Sebelum ini, kami ada mengeluarkan cerita mengenai pelakon Shah Iskandar yang menafikan dirinya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan kakak Anzalna Nasir iaitu Diana Nasir.

Susulan itu, Anzalna telah diburu oleh pihak media untuk mendapatkan komennya berhubung isu tersebut.

Terdahulu, isu ini menjadi heboh berikutan satu status di laman Facebook Diana yang memanggil Shah dengan gelaran ‘baby’.

“Saya dah baca beberapa SMS daripada Shah kepada Diana dan daripada pandangan mata kasar saya, perbualan mereka itu menampakkan seperti mereka pasangn yang sedang yang hangat bercinta.

“Tapi entahlah, bila pihak yang sebelah sana bermati-matian menafikan, Diana pula berdiam diri, itu menampakkan seperti kakak saya melebih-lebih,” katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Anzalna juga mengakui pernah membaca khidmat pesanan ringkas yang dikirim Shah kepada kakaknya dan menurut pelakon cantik itu, perbualan mereka dilihat seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

“Kalau anda sendiri yang membaca SMS itu anda akan tahu yang kakak saya, Diana bukanlah syok sendiri seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya lagi.

Anzalna juga mengatakan kakaknya tidak akan sesekali memanggil seseorang jejaka itu dengan gelaran baby sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.-mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top