Akhirnya Nedim Akui Nora Danish Kekasihnya (2 GAMBAR) | Kemesraan di antara pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri Aziz kini sudah menjadi perbualan hangat di antara peminat aktres kecil molek itu.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari Nora berhubung status sebenar hubungannya dengan Nedim namun rata-rata peminat mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta ekoran pengkongsian gambar bersama yang kerap dimuat naik Nora dan Nedim melalui laman Instagram masing-masing.

Namun, hari ini menerusi akaun Instagramnya, Nedim atau @bossned menggunakan kata ganti diri ‘my love’ yang merujuk kepada Nora.

Adakah ini merupakan pengakuan cinta si jejaka kepada gadis idamannya?

Tentunya pengakuan ini mengujakan buat Nora kerana yelah kerana mereka kini ibarat belangkas.

Pergi kemana-mana pun berdua, memang seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.

Lagipun kedua-duanya pun memang sedang solo, rasanya tak salah untuk mengakui hubungan itu sekiranya memang benar mereka sedang bercinta.

Tak gitu?



Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top