Gempar Apabila Kisah Skandal Tersebar
Gempar Apabila Kisah Skandal Tersebar | SEJAK seminggu lalu, nama Adi Putra, 32, menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Usaha media mendapatkan penjelasan Adi tidak berhasil apabila Adi enggan menjawab sebarang panggilan dan SMS daripada pihak media. Sebaliknya, hanya isterinya, Aida Yusof, 37, sahaja yang tampil memberi kenyataan kepada media.
Bagaimanapun, kehadiran Adi dan isterinya ke Malam Gala Tayangan Filem KL Gangster 2, memberi peluang buat Adi menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pihak media.
"Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan diri. Mendiamkan diri bukan bermakna saya melarikan diri. Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang.
"Saya diamkan diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut, saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa.
"Satu hari nanti bila tiba masanya saya akan leraikan semuanya dari mula hingga akhir. Saya akan keluarkan kenyataan media nanti. Sebagai manusia, kita tak sempurna. Biarlah siasatan dijalankan agar kita akan mendapat jawapan yang lagi jelas dan benar," jelasnya sambil ditemani isteri di sisi.
Menurut Adi, segala dakwaan mengatakan rumah tangganya goyah selepas isu ini timbul ternyata tidak benar. Malah dia dan Aida kini sedang merancang untuk bercuti ke luar negara.
"Dulu memang ya, kami mempunyai masalah rumah tangga. Tapi kini bukan masalah rumah tangga, malah emosi kami sedikit pun terganggu.
"Kami juga kini sedang merancang percutian ke luar negara dan anda semua boleh nilai sendiri sama ada rumah tangga kami goyah atau tidak," ujarnya.
Adi berkata, apa yang amat dikesalkan apabila ada pihak bertindak mencemuh isterinya dengan kata-kata yang kurang enak.
"Sejak isu ini timbul, ramai yang melemparkan tohmahan terhadap isteri saya. Ada yang kata isteri saya gemuklah, hodohlah dan sebagainya.
"Cakaplah apa saja, kerana saya tetap sayang isteri saya. Dia tanggungjawab saya dan saya harus lindungi maruah dia. Isu ini sikit pun tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga kami," katanya.
Buang rasa malu
Menegaskan karier seninya tidak terjejas dengan isu skandal ini, Adi berkata, dia juga terpaksa mengetepikan rasa malu kerana memahami ini adalah situasi yang perlu dilalui sebagai anak seni.
"Bohong jika saya katakan tidak ada rasa malu atau segan dengan situasi yang berlaku. Tetapi bagi saya sebagai anak seni, ini adalah lumrah yang perlu dilalui.
"Biarlah orang mahu berkata apa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri dan selepas segalanya selesai, saya janji untuk leraikan segala persoalan," katanya.
Aida tidak terkejut
Sementara itu, Aida yang begitu setia di sisi Adi mengakui tidak terkejut dengan kontroversi yang mengaitkan suaminya kini.
“Saya memang tak terkejut sebab saya tahu Adi ramai peminat. Jadi macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun perkara ini masih dalam siasatan, biarlah pihak polis yang jalankan siasatan mereka.
“Saya seperti biasa (tenang) saja. Kita pun tak tahu pihak yang mana betul yang mana salah. Seperti yang suami saya katakan, hal ini akan dileraikan apabila siasatan selesai dijalankan dan keputusan akan diketahui secepat mungkin," katanya.
Di tebak adakah dia ingin bertemu dengan wanita yang dikaitkan dengan suaminya itu, Aida berkata : "Saya rasa tak perlu nak berjumpa wanita itu. Saya tak ada sebab apa-apa dan saya tak kenal siapa dia," akhirinya.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda