Tahniah! Anne Ngasri Selamat Lahirkan Anak Ke-4 (2 GAMBAR)PELAKON Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September lalu, dan berita gembira tersebut dikongsi Anne sendiri menerusi akaun Twitternya, semalam.

Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu.


Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, manakala Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8.

Dalam pada itu, Anne juga dikatakan berjaya menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian Dataran Merdeka selepas dia dilantik dalam satu mesyuarat cawangan itu baru baru ini.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top