Nabila Huda Luahkan Rasa Kecewanya Di Twitter?
Seperti yang kita semua sedia maklum, pelakon Nabila Huda terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Ahad lalu di Lebuhraya Karak dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Bermacam-macam cerita timbul selepas itu, termasuk luahan hati bekas suaminya yang sedikit beremosi dengan insiden tersebut selain kenyataan yang dikeluarkan ayah Nabila, Amy Search di sebuah portal hiburan semalam.
Amy Search mengatakan mungkin musibah ini sebagai satu petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.
Ini berikutan Amy meluahkan perasaan kecil hatinya apabila anaknya itu langsung tidak menjenguknya sepanjang Aidilfitri lalu dan lebih sanggup terbang ke Singapura untuk beraya bersama kenalannya di sana.
Menerusi laman Twitter aktres itu dapat dilihat dia seakan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang namun tidak dapat dipastikan individu mana yang Nabila maksudkan.
Nabila menulis, “Astarfirullahalazim..Ya Allah..What a statement..Sampai hati..Terima kasih..Dah biasa dah hadap benda ni sorang..All good..”.
Selain itu, aktres berbakat besar ini juga memberikan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan diri serta anaknya, Keisha Laila akibat kejadian yang menimpanya itu.
Nope..masih x nampak tanda nak insaf..tau pulak kecil hati dgn orang lain..tp x sedar diri ada masalah..
BalasHapus