Aidil - Jaga Maruah Dan Jangan Aibkan Suami
Aidil - Jaga Maruah Dan Jangan Aibkan Suami | “SAYA mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suaminya”.
Itu adalah di antara pesanan bekas suami Rita Rudaini, iaitu Aidil Zafuan yand dipetik menerusi akhbar Harian Metro selepas mahkamah mengesahkan penceraian pasangan tersebut, semalam.
Mengakui sedih dengan penceraian itu, Aidil juga tetap merasa terkilan dengan sikap bekas isterinya yang disifatkannya sering memburukkan namanya di laman-laman sosial.
Sebelum ini, Rita pernah mengeluarkan kenyataan yang dilihat seperti mengaibkan suami serta keluarga suaminya.
Namun, kemelut rumah tangga pasangan sensasi ini sudah pun berakhir semalam dan diharapkan kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa terhadap kedua-dua putera mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda