(VIDEO) Siapakah Yang Harus Dipersalahkan? | KES sesetengah anggota yang bersikap agak kasar semasa mengambil laporan dari orang ramai ada berlaku dan kadangkala perkara ini berlaku dek kerana anggota polis sudah terlalu penat akibat lama bekerja.
Di laman Facebook, rakaman seorang anggota polis yang tidak diketahui namanya ketika mengambil laporan polis kemalangan sudah menjadi semakin viral.
Menurut pengadu melalui akaun Facebook Norulaini Kamarudin, video ini dimuatnaik terus kepada laman Facebok Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sikap anggota berkenaan yang didakwanya berbahasa kasar dengannya yang ingin membuat laporan.
Video selama 1:22 itu dikatakan berlaku pada 2 September lalu ketika mangsa yang terlibat dalam kemalangan dan ingin membuat laporan. Persoalan yang dibangkitkan oleh Norulaini ialah mengapa anggota ini bertindak sedemikian dan bercakap kasar dengan orang awam sejak dari awal perbualan.
Rakaman dibuat pada akhir sesi disebabkan beliau sudah kurang sabar dengan tindakan anggota terbabit. “Di manakah sikap mesra yang telaj diwar-warkan dan di manakah etika kerja anggota terbabit,” kata Norulaini. Dalam video ini, anggota yang memakai vest polis berkenaan marah kepada mangsa dengan kata-kata berikut :- “Bukan saya nak marah, saya hendak beritahu saya tak suka cakap lembut-lembut kalau cakap lembut-lembut orang ada tak reti bahasa tau dok.. (Beberapa perkataan tidak jelas) Lain kali awak kena ingat, ok benda ni.. Sampai bila awak boleh ingat supaya ia tidak berlaku lagi di masa akan datang, tetapi kita harap janganlah ia berlaku sebab benda ni, merugikan diri sendiri je.. itu je lah,” kata anggota polis berkenaan.
Pada kami gaya anggota polis itu tidak lah nampak seperti kasar, tetapi mungkin dia tidak faham yang mangsa sedang dalam keadaan tertekan selepas mengalami kemalangan. Sebenarnya kami tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan anggota polis ini berbahasa kasar dan seakan-akan berleter tidak henti-henti.
Pada kami, sebagai penjawat awam dan di kala pihak PDRM sedang berusaha sungguh-sungguh menaikkan kembali imej mereka anggota ini sepatutnya tahu bertindak dengan lebih berhemah serta tahu membezakan antara profesionalisme dan peribadi.-mynewshub
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda