Kota Bharu: Bintang baru Kelantan, Zairo Anuar Zalani, 30, bertekad membantu The Red Warriors (TRW) untuk terus mengekalkan tiga kejuaraan yang dimenangi musim ini pada musim depan.

Bekas ketua pasukan T-Team berkata, dia tidak mempunyai masalah dari aspek keserasian bersama Kelantan kerana pernah bermain dengan dua pemain TRW di barisan hadapan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad, ketika mereka bersama T-Team.


Penyerang tengah yang terkenal dengan kekuatan rembatan dan ketajaman dalam melakukan penyudah itu berkata, segala kepercayaan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penyokong TRW akan menjadi pembakar semangat untuknya beraksi dengan lebih baik bersama pasukan barunya itu.

[DASYAT!!] [VIDEO]Remaja ini mengaku tidur dengan 300 orang lelaki,buat seks dikatil ibunya

[GILA!!]Warren beatty pernah tidur dengan 12,000 orang wanita
Tiada masalah untuk saya mendapat keserasian dalam masa yang singkat kerana pernah beraksi bersama Indra Putra dan Norfarhan ketika dua pemain itu menyertai T-Team pada 2011.

Pengalaman bersama dulu akan digunakan sekali lagi untuk beraksi dengan baik di barisan hadapan bersama TRW.

TRW mempunyai penyokong fanatik dan itu akan menjadi penguat semangat terbaik untuk saya serta pemain baru lain beraksi dengan lebih baik, katanya semalam.

Sementara itu, bekas pemain Johor FC, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, berkata dia akan berusaha memenuhi harapan tinggi yang diberikan penyokong fanatik Kelantan bagi membantu TRW mengekalkan tiga kejuaraan yang dimenanginya.


sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top