SELEPAS berjaya membuktikan bakatnya di pentas lakonan, kini dramatis yang semakin diminati ramai, Tasha Shila bersedia untuk dikenali sebagai penyanyi pula. Apatah lagi, baru-baru ini Tasha baru selesai merakamkan lagu Sayang Pulanglah Sayang bersama kumpulan Tiga Swagger (TS).
Mendapat kepercayaan dan bimbingan daripada penyanyi hip hop terkenal tanah air, Cat Farish, ia disifatkan peluang yang sangat berharga oleh Tasha. Malah, gadis berusia 25 tahun ini juga mengakui kecenderungan minatnya pada nyanyian dan berasakan tidak salah untuk mencuba cabang baru dalam seni.
Bersua dengan si manis ini ketika mengikuti rombongan percutian eksklusif tiga pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) bersama pembaca bertuah Berita Harian (BH) ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 23 hingga 26 November lalu, dia tenang berkongsi kisah terbarunya itu.
Menurut Tasha, kerjasama berkenaan terjalin disebabkan nama TS itu yang mewakili dirinya dan Tiga Swagger yang dianggotai oleh Cat, Eddie dan Beeru.
Bahkan, ujarnya tawaran dalam masa singkat itu diperoleh ketika bertemu Cat pada majlis Anugerah Blockbuster yang mengangkat Tasha sebagai pemenang kategori Heroin Terhebat.
[DASYAT!!] [VIDEO]Remaja ini mengaku tidur dengan 300 orang lelaki,buat seks dikatil ibunya
[GILA!!]Warren beatty pernah tidur dengan 12,000 orang wanita
“Saya masuk ke studio merakamkan lagu Sayang Pulanglah Sayang ini sehari sebelum bertolak ke Vietnam. Ternyata, ia bukanlah mudah seperti disangka kerana mengambil masa yang lama. Walaupun, saya hanya perlu ‘rap’ dalam lagu itu, ia sememangnya cabaran yang cukup besar.
“Pun begitu, saya bersyukur kerana dapat juga melakukannya dengan baik. Bahkan, keyakinan makin bertambah ketika proses rakaman kerana saya amat menyukai lagu itu. Kini, saya berharap peminat muzik tempatan dapat menerima lagu ini yang akan diperdengarkan kepada umum pada tahun depan,” katanya.
Laris memperoleh tawaran berlakon, anak sulung daripada tiga beradik ini berkata dia juga tidak mengejar peluang berlakon filem. Ujarnya, daripada asyik ditawarkan membintangi filem hantu dan komedi, dia lebih selesa menerima tawaran drama dan telefilem saja kerana watak yang pelbagai.
Akan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak lama lagi untuk menjayakan penggambaran drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di samping Fahrin Ahmad yang diterbitkan Zeel Production Sdn Bhd, Tasha turut memaklumkan dia juga membintangi tiga telefilem di bawah produksi itu.
Ujar Tasha, apapun dia tidak berniat untuk terlalu cerewet dalam memilih watak dilakonkan tetapi sekadar mahu memastikan karakter ditawarkan itu sesuai dengannya. Jelasnya, dia inginkan watak yang mampu memberi impak pada lakonannya bertepatan dengan komitmen 100 peratus yang sudah diberikan.
Baru tiga tahun menjadi anak seni, Tasha juga tidak sepi daripada gosip. Hingga kini, pelbagai gosip liar sudah terpalit pada dirinya dan diakui semua itu diterima dengan hati terbuka. Jelas pelakon telefilem Ombak Rania itu lagi, kini dia semakin kuat fizikal dan mental untuk menghadapi segala dugaan mendatang.
“Saya sedar, gosip adalah lumrah dalam kehidupan artis. Apatah lagi sudah dikenali seperti yang saya alami sekarang. Kini, apa yang saya gayakan termasuk kereta dipandu mendapat perhatian. Malah, paling memeritkan apabila semua itu dikaitkan dengan kisah diri saya ditaja oleh seorang kenamaan (VIP).
“Pada hal, kebenarannya semua itu saya peroleh hasil daripada titik peluh sendiri. Saya bekerja siang malam di lokasi penggambaran drama. Bahkan, syukur Alhamdulillah sehingga kini rezeki saya dalam lakonan semakin bertambah,” katanya.
Tambah Tasha lagi, pelbagai kepayahan pernah dilaluinya ketika mahu membina nama dulu. Ujarnya, bukan mudah dia berada pada tahap sekarang. Jadi, berpaksikan kesabaran dan keikhlasan terhadap apa yang dilakukan untuk terus mencipta nama, dia sudah sedia segala dugaan dengan hati terbuka.
Katanya, mujur juga keluarga terutama ibu, Rosnah Suratman, 56 dan bapa, Abdul Razak Razali, 57, memahami dan memberikan sokongan padu. Ujar pemilik nama sebenar, Natasha Sheila Abd Razak itu, biarpun bapanya pernah bimbang terhadap gosip yang menghambat diri, tetapi kini sudah boleh menerima.
“Saya sentiasa berpegang pada ingatan ibu dan bapa supaya menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, kesibukan saya adalah memenuhi tawaran berlakon. Namun, apa saja gosip dilemparkan itu biarkanlah kerana saya tak mampu menutup mulut orang. Apa yang pasti, keluarga mengetahui kebenarannya,” kata Tasha.
Menyentuh harapannya pada pencalonan ABPBH2012 nanti, Tasha berkata, dia menyerahkan semua urusan pemilihan kepada peminat. Apatah lagi, jelasnya sepanjang tahun ini dia lebih memberi tumpuan kepada membintangi telefilem daripada drama. Jadi, apa saja keputusan undian peminat diterima dengan lapang dada.
“Kalau ada rezeki peminat masih mengundi nama saya, pasti tak ke mana. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada semua peminat yang banyak memberikan sokongan selama ini. Kini, misi saya adalah memberikan yang terbaik dan pada 2013 juga, saya akan menumpukan semula pada berlakon drama,” katanya.-hmetro
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda