Suki dan Jeremy. – Foto ihsan Suki

JUARA One In A Million musim pertama, Suki Low atau nama sebenarnya Low Sook Yee melahirkan kesyukuran apabila majlis perkahwinannya pada 12 Disember lalu, tarikh yang menjadi tumpuan satu dunia, berjalan dengan lancar.


“Saya dan suami sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya rakan-rakan serta ahli keluarga tersayang,” katanya dalam satu kenyataan.


Penyanyi Terlalu Mencintamu ini mengumumkan perkahwinannya itu awal Disember lalu.

Suki memilih seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik, Jeremy Chong, 30 sebagai suaminya selepas berkenalan hampir lima tahun.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


Majlis resepsi yang berlangsung pada petang Rabu lalu di Upper Penang Road, Georgetown hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Suki juga sempat melahirkan penghargaannya kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis bersejarahnya itu.

“Tidak lupa juga kepada semua yang telah membantu serta semua rakan kerja dan para penyumbang yang sama-sama melancarkan perjalanan hari bahagia kami,” katanya.

Tambahnya, “paling penting, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat saya yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan saya.”

Suki memilih 12 Disember sebagai hari perkahwinannya iaitu sehari sambutan hari lahirnya yang ke-23.

Pada majlis itu, 120 belon dilepaskan sebagai simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai.

Dalam pada itu, gaun pengantin serba putih yang dikenakan raja sehari itu adalah hasil rekaan, Keith Kee.

Bagi pesta jamuan perkahwinan pada malam 12 Disember itu, tetamu diajak belayar bersama pengantin di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises.

Penyanyi kecil molek ini terpaksa menangguhkan perancangan bulan madu berikutan jadual kerjanya yang padat.-suarapeople

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top