Julia Perez Yakin Kekasih Tidak Akan Curang
Julia Perez Yakin Kekasih Tidak Akan Curang | Selebriti sensasi, Julia Perez kini bergelar banduan di Rutan Pondok Bambu mulai minggu lalu.
Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan nama Jupe tersebut ditahan selama tiga bulan gara-gara dituduh menyerang pelakon Dewi Perssik.
Jupe mendakwa, mentalnya sudah bersedia untuk menghuni tirai besi selama 90 hari.
“Secara mental Bismillah, serahkan kepada Allah, segala sesuatu itu atas izin Allah,” kata Jupe.
Walaupun bergelar banduan, Jupe mendakwa, dia tidak gentar.
Jupe sebaliknya, dengan bangga menyatakan kekasihnya, Gaston tidak akan berlaku curang sebaliknya akan merinduinya.
“Dia faham saya. Dia percayakan saya.
“Saya selalu doa buat dia agar dia menjadi positif terus. Setelah masalah ini selesai, dia boleh kembali dengan pekerjaannya,” kata Gaston, kekasih Jupe.
Selain itu, penyanyi lagu Belah Duren ini juga berpesan kepada peguamnya, Malik dan Gaston untuk memberikan ucapan terima kasih kepada pihak yang selama ini menyokongnya.
“Jupe turut berterima kasih kepada media yang selalu menyokongnya dengan laporan yang baik dan positif. Itu amanat daripada dia,” celah Malik.
Sumber: KOSMO!
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda