EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.


Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.

































































Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropaj untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya.  -rotikaya

Posting Komentar

  1. tahniah...moga kekal bahagia hingga akhir hayat.

    BalasHapus
  2. tahniah kedua2 pengantin , semoga ke anak cucu :')

    BalasHapus
  3. Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
    RM0.15?? sikit kan??
    Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
    daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
    JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

    KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

    BalasHapus
  4. Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
    RM0.15?? sikit kan??
    Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
    daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
    JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

    KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top