KUALA LUMPUR – Pembedahan yang dilakukan terhadap Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa (DK) di hospital Southland yang terletak di Invercargill, Queestown kira-kira jam 9.30 pagi tadi (waktu Malaysia) telah pun berjalan dengan lancarnya.

Perkara ini telah dikongsi oleh pengurus kepada penyanyi Dato` Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menerusi akaun facebooknya, tadi.



“Dato’ Siti Nurhaliza menghubungi saya sebentar tadi untuk memaklumkan hal ini. Doktor mengatakan pembedahan berjalan baik dan DK akan dimasukkan ke ICU terlebih dahulu sebagai prosedur selepas pembedahan.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


“Ini untuk memudahkan pihak hospital dan doktor memberikan perhatian lanjut. Siti belum lagi sempat bertemu dengan suaminya kerana doktor baru saja memaklumkan pembedahan telah selesai dan akan membawa DK ke bilik ICU dahulu.Terima kasih di atas doa2 kalian, Siti amat2 menghargai keprihatinan, usaha dan doa anda semua,” katanya yang turut memberitahu bahawa Dato` Siti yang juga isteri kepada DK telah menghubunginyaa sekitar jam 4 petang tadi, waktu Malaysia,” katanya yang turut memaklumkan bahawa pembedahan itu mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk dilakukan.

Sebelum itu, sekitar jam 11.30 pagi tadi, portal Murai telah menghubungi kakak kepada DK iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa untuk mengetahui kondisinya.

Menurut Kak Ton, ketika ini diknya itu sedang menjalani pembedahan untuk memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Dato` Khalid selepas tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan yang tidak diduga itu.

“Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Dato` Khalid fit atau tidak untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Dan, sejak semalam, semua anak-anak Dato` Khalid sudah sampai di sini untuk melihat keadaan bapa mereka,” katanya.

Dato` K dimasukkan di hospital di Invercargill, Queestown selepas beliau ditimpa kemalangan yang teruk ketika menunggang motorsikal berkuasa tinggi Harley Davidson bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand, beberapa hari lalu.-murai.com.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top