Perjalanan hidupnya bukanlah mudah jika dibandingkan dengan wanita lain. Malah dalam usianya yang baru mencecah ke angka 29 tahun, dia sudah dua kali menyandang gelaran janda.

Pun begitu, bagi pelakon yang popular menerusi drama bersiri slot Akasia TV3, Cinta Itu Milikku ini, hidup perlu diteruskan.

Enggan menoleh ke belakang, Diyana Mastura Jaafar atau nama skrinnya, Ana Dahlia berkata, penceraiannya dengan bekas suami, Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz) bukanlah pengakhiran dalam hidupnya.


Bagi Ana, apa yang berlaku dianggap sebagai suratan takdir atau tiada jodoh.


Pun begitu, di dasar hatinya, mengharap agar masyarakat menghentikan hukuman serta tohmahan yang dilemparkan ke atasnya.

Jelasnya, cukuplah dia menanggung penderitaan di atas penceraian mereka, janganlah ditambah pelbagai cerita.


[BIAR BETUL!!]Hilang dara jadi kebanggan Blogger ini???

[BIAR BETUL!!]Anak ulama sering berzina sehingga lahir anak luar nikah


Bicara wanita manis ini, tuduhan masyarakat yang mengatakan perpisahan itu berpunca daripada kecurangannya hanyalah rekaan semata-mata.

“Ikhlas saya katakan, saya amat sedih apabila membaca dan mendengar pelbagai kata-kata tuduhan yang dilemparkan kepada saya mengenai perpisahan ini.

“Apa dikatakan tidak benar, malah mereka sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku terhadap rumah tangga kami.

“Sedangkan, saya sangat sayangkan perkahwinan ini, tidak mungkin saya akan melakukan sesuatu yang boleh menghancurkannya,” katanya bersyukur mendapat sokongan keluarga sendiri dan mertua sehingga ke saat ini.

Tidak mahu mengaibkan sesiapa, wanita kelahiran Taiping, Perak ini bagaimana pun, masih belum bersedia berkongsi cerita sebenar mengenai punca perpisahan mereka.

“Tidak perlu saya membuat penjelasan panjang lebar mengenainya, lagi pun ia tidak manis untuk dikongsi dengan orang ramai.

“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa dan biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kami berdua,” kata pelakon filem Mantra ini.

Pasti ada hikmah

Di sebalik penceraian yang berlaku, bukanlah masalah bagi Ana untuk menyandang gelaran janda buat kali kedua.

Katanya, dia reda sekiranya semua itu mampu menjadikan hidupnya lebih bahagia dan baik selepas ini.

Ditanya apakah ada kemungkinan mereka akan kembali bersama, jelas Ana, buat masa sekarang lebih baik mereka menjalani kehidupan dan membawa haluan masing-masing.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, malah saya sentiasa berdoa kehidupan saya akan menjadi lebih baik selepas ini.

“Untuk hari esok, saya tidak tahu apa akan berlaku. Apa pun, saya yakin ada hikmah di atas segala yang terjadi terhadap hubungan kami.

“Lagi pun, Tuhan itu maha adil, jadi saya ambil semua ini sebagai satu pengajaran, pengalaman serta ujian daripada ALLAH SWT,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz pada 11 Disember tahun lalu. Berbicara mengenai berita kecurangan bekas suaminya pula, jelas Ana, biarlah semua itu, disimpannya sendiri.

“Bila perpisahan kami diketahui orang, macam-macam cerita yang timbul, jika bukan mengenai saya, pasti tentang bekas suami, jadi apa yang orang lain nampak, mereka nilailah sendiri.

“Lagi pun, sehingga ke hari ini, masih banyak cerita-cerita tidak benar diperkatakan. Oleh itu, saya minta cukuplah sampai di sini,” katanya di mana timbul isu dia curang berikutan wataknya sebagai Dini menerusi drama Cinta Itu Milikku.

Masih Ana yang sama

Menyentuh soal wataknya itu, Ana menjelaskan, memang ramai memandang serong berikutan keberaniannya menggalas watak tersebut.

“Jangan samakan saya dengan Dini, ia sekadar watak yang saya lakonkan, saya masih Ana yang sama.

“Bayangkan, apabila keluar, ramai menuduh saya curang, padahal sekadar dalam lakonan.

“Ada juga yang kata, saya ni gatal sebab itu kena cerai,” ujarnya dikatakan begitu oleh seorang perempuan.

Bercerita lanjut mengenai watak Dini, pada awalnya, kata Ana, dia bimbang untuk menggalas watak tersebut.

“Ketika itu memang saya sedang mengalami masalah rumah tangga, mula-mula takut juga nak terima sebab bimbang jadi macam ini, rupa-rupanya jadi kenyataan pula.

“Bagaimana pun, saya harap masyarakat di luar sana berfikiran lebih positif dan tidak terus menyalahkan saya,” kata bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim pertama ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top