KUALA LUMPUR – Gara-gara mendapat berita suami kesayangannya kemalangan, penyanyi wanita tanah air, Datuk Siti Nurhaliza telah membatalkan persembahannya dalam Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin.


Berita mengenai kemalangan yang dialami oleh Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K di Queensland, New Zealand sewaktu menunggang motorsikal berkuasa tinggi disampaikan oleh rakan Datuk K kepada kakak ipar Siti, Datin Zaiton.


Kata Zaiton, Siti yang sukar dihubungi kerana dalam perjalanan ke Banjarmasin ternyata terkejut menerima berita sedih itu.


[BIAR BETUL!!]Hilang dara jadi kebanggan Blogger ini???

[BIAR BETUL!!]Anak ulama sering berzina sehingga lahir anak luar nikah


Sejurus selepas itu, Siti mengambil keputusan untuk membatalkan persembahannya dalam konsert tersebut dan ingin pulang ke Malaysia pada hari ini.

Siti dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang juga kakak iparnya dijangka tiba pada jam 6 petang.

“Tapi mungkin waktu itu dia sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Banjarmasin, jadi Kak Tun tidak dapat berhubung dengannya dan kebetulan pula telefon bimbitnya rosak.

“Tapi, akhirnya Kak Tun dapat juga cakap dengan dia. Dia juga terkejut dengar berita itu dan cepat-cepat membatalkan konsertnya di Banjarmasin. Yalah, macam mana dia nak buat persembahan sedangkan suaminya kemalangan,” kata Zaiton yang dipetik dari portal Murai.com.

Siti yang cemas dan risau telah meminta kakak iparnya itu menempah tiket ke New Zealand dengan kadar segera.

Namun, tiket penerbangan yang ada hanyalah pada hari esok dan mereka dijadualkan akan berlepas pada jam 12 tengah hari.

Zaiton juga mengambil inisiatif menghubungi hospital yang merawat Datuk K di sana.

Katanya, Datuk K berada dalam keadaan stabil tetapi masih lagi memerlukan rawatan dari pihak doktor.

“Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah dan mereka bimbang kalau-kalau berlaku kecederaan dalaman.

“Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan,” beritahu Zaiton.

Zaiton berharap agar orang ramai mendoakan keadaan adiknya itu dalam keadaan baik dan sejahtera.

Zaiton dijadualkan berlepas ke New Zeland bersama Siti dan beberapa ahli keluarga lain.



sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top