KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada 19 Disember ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran melalui satu kenyataan media memberitahu, keputusan itu boleh diperoleh disemua sekolah terlibat selepas pukul 10 pagi.

“Calon PMR boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

[BIAR BETUL!!]Hilang dara jadi kebanggan Blogger ini???

[BIAR BETUL!!]Anak ulama sering berzina sehingga lahir anak luar nikah

“Peperiksaan PMR 2012 pada Oktober lalu melibatkan seramai 481,424 calon dan 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pelajaran turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888.

Kata kenyataan itu, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 19 Disember ini dan ditamatkan pada pukul 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top