Ekoran dalam satu kejadian kejadian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), seorang lelaki telah membuat laporan polis mendakwa dia dihayun dengan besi oleh seorang pelakon, kira-kira dua minggu lalu.

Akibatnya lelaki itu mendapat kecederaan dikepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah.

Manakala, pelakon yang telah didakwa memulakan pergaduhan itu adalah pelakon, pelawak dan pengacara, Azad Jasmin.


Namun, dalam Harian Metro, hari ini, Azad menafikan dakwaan dia memulakan pergaduhan tersebut.



Sebaliknya, Azad menjelaskan kejadian berpunca apabila lelaki tersebut melanggar keretanya dari belakang sebelum turun dan mengetuk cermin keretanya..

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Azad memberitahu ketika itu dia mahu mengundur kereta selepas membelikan nasi kandar kepada isterinya yang mengandung sembilan bulan kerana mengidam.

“Bagaimanapun, ketika itulah kereta dinaiki lelaki terbabit melanggar belakang kereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana tidak berpuas hati.

“Kemudian saya turun dari kereta untuk menyelesaikan hal berkenaan tetapi secara tiba-tiba saya dihampiri rakan-rakan lelaki itu dan terus menyerang saya,” katanya yang dipetik melalui Harian Metro, di sini, hari ini.

Tambahnya, ketika diserang dia terjatuh dan luka di kepala.

“Saya terpaksa mempertahankan diri dengan mencapai sebatang besi dan menhayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa berbuat begitu kerana mereka berempat,” katanya.

Azad turut memberitahu dia telah pun membuat laporan polis.

Malah suami kepada aktres Eira Syazira ni mengakui mengenali salah seorang daripada lelaki yang menyerangnya.

Pun begitu dia menganggap kejadian itu adalah salah faham dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.hmetro



Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top