PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi turut bersetuju dengan kenyataan pengarah dan penerbit tersohor negara, Datuk Yusof Haslam mengenai kualiti filem tempatan yang semakin merosot atau rendah.

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, kos produksi dan pembuatan sesebuah filem tempatan harus dinaikkan jika mahukan filem yang berkualiti tinggi.

“Dia (Yusof Haslam) cakap filem kita tak ada kualiti itu betul, tapi kita tak dapat nafikan filem kita juga sudah ada kemajuan.


“Kalau kita nak dapatkan hasil produk yang berkualiti, kita (produser) kena keluarkan kos yang juga tinggi dan tidak boleh guna kos produksi seperti 10 atau 20 tahun dulu.

“Kita nak filem berkualiti tapi kos produksi masih berada pada takuk lama, macam mana kita nak dapat hasil yang berkualiti kalau begitu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Zed turut berkata, “Insentif adalah amat penting kerana dengan adanya kos yang tinggi kita dapat guna kamera yang canggih serta boleh mendapatkan pelakon-pelakon hebat."

“Perkara-perkara ini secara tidak langsung akan memberi ‘mood’ kepada keseluruhan ‘team’ produksi untuk memberikan hasil yang terbaik untuk sesebuah filem yang dijayakan," kata beliau.

Walaupun begitu, Zed berkata, biar pun kos produksi saja tinggi tidak berguna jika skrip atau jalan cerita sesebuah filem itu ‘kosong’.

“Jika kita tengok industri perfileman di luar negara, mereka sangat menitikberatkan jalan cerita kerana dari situ hasilnya cerita yang berkualiti dan pada saya jika nak buat filem yang berkualiti memang dua elemen ini adalah yang paling penting iaitu kos produksi kena tinggi dan juga jalan cerita yang mantap untuk disajikan kepada penonton,” katanya.-sinarharian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top