Gambar hiasan


KAJANG: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas enam pertuduhan mencabul seorang pelajar kolej berusia 18 tahun sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Abd Jalil Nasir, 49, yang juga Setiausaha Agung, Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan dibacakan.



Abd Jalil didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Mendaling, Kajang jam 10 malam, Ogos 2010.

Dia turut didakwa bagi lima lagi pertuduhan melakukan perbuatan sama ke atas mangsa antara Mei 2011 dan September 2012.

Tiga daripada lima perbuatan itu didakwa dilakukan di hotel di Jalan Mendaling, manakala dua lagi di rumah tertuduh di Lot 17850, Jalan Melati 2, Kampung Sungai Kantan, Kajang.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top