MANOHARAN


KUALA TERENGGANU - Dipercayai akibat cemburu buta, seorang guru lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di Besut, parah ditetak dengan parang oleh dua lelaki bertopeng di hadapan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 35 tahun yang turut menjalankan perniagaan sambilan menjual kosmetik, parah ditetak pada bahagian belakang badan, tangan dan kaki.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang masih bujang itu menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang mendakwa ingin membeli kosmetik sebelum mengarahkan mangsa ke lokasi kejadian.

“Mangsa, yang ditemani oleh adik lelakinya berusia 19 tahun, tiba di lokasi dijanjikan kira-kira jam 6.20 petang dan menunggu ‘pelanggannya’ itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, tiba-tiba dua lelaki turun dari kereta Proton Wira bercermin gelap dan Proton Perdana hitam, menetaknya dengan parang panjang dan melarikan diri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, akibat tetakan itu, mangsa yang berasal dari Jalan Semarak, Kuala Besut itu, rebah. Dia dibawa adiknya ke Hospital Besut.

Mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, untuk rawatan lanjut.

Manoharan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak mengenali suspek dan serangan itu dipercayai bermotifkan cemburu seorang suami yang syak mangsa mempunyai hubungan dengan isterinya.

Katanya, polis ingin menghubungi seorang lelaki, Che Wan Sharmizie Che Wan Mat, 29, beralamat di Kampung Baru Batu Tumbuh, Kampung Raja, Besut, untuk membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang tahu mengenai kes itu menghubungi balai polis terdekat.

Manoharan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan lebih 20 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.-sinarharian

Posting Komentar

  1. kenapa lah jadi mcm ni...-santai leeza

    BalasHapus
  2. mcm2 skrg nie....jenayah di merata-rata tempat berlaku

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top