Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kejadian seorang pelajar perubatan Malaysia ditangkap Sabtu lalu kerana memiliki ganja di Yogjakarta, mengejutkan para pelajar Malaysia di Indonesia.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), Ahmad Nabieh Abqory Rahmat berkata, ini adalah kerana pelajar berkenaan seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai peribadi baik.


"Kes ini mengejutkan banyak pihak, tetapi kita

berpendirian bahawa pelajar berkenaan tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kejadian sedemikian jarang berlaku di dalam kalangan pelajar Malaysia di Indonesia.

"Selama ini para pelajar yang menuntut di sini aktif dengan kegiatan akademik di universiti dan aktiviti-aktiviti yang bersifat positif di luar kampus.

Walau bagaimanapun, tambah beliau, kes ini memberikan peluang kepada banyak pihak termasuk PKPMI sendiri untuk terus berusaha mewujudkan suasana yang lebih baik di kalangan para penuntut di negara jiran itu.

Beliau juga mengingatkan agar para pelajar berhati-hati sewaktu keluar masuk ke Indonesia disebabkan negara Indonesia merupakan destinasi utama penyeludupan dadah antarabangsa.

"Jangan terperangkap menjadi pembawa dadah (keldai dadah) baik secara sengaja atau tanpa disedari.

"Begitu juga jika berkunjung ke tempat-tempat hiburan supaya tidak menggunakan sebarang jenis dadah termasuk ecstacy dan Happy Five," jelas beliau.

Dalam kejadian Sabtu lalu pelajar itu ditahan Polis Indonesia kerana memiliki ganja seberat 6.8 gram.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).

Dimaklumkan pelajar itu memesan bahan tersebut melalui laman sembang Internet. - UTUSAN

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top