Lanjutan dari artikel bertajuk tarif elektrik naik november 2012 yang disiarkan oleh portal berita malaysiakini,berikut adalah jawapan dari menteri tenaga,,teknologi hijau dan air.


KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.


Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

"Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif.

-- BERNAMA

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top