Yohan Cabaye (kiri) berang akibat disiku Robin van Persie sambil pengadil Howard Webb meleraikan perang mulut kedua-dua pemain pada perlawanan di Newcastle, Ahad lalu. - AFP

NEWCASTLE - Newcastle berang terhadap Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Robin van Persie kerana kesalahan menyiku pemain pasukan mereka.

Penyerang Manchester United itu terlepas daripada tindakan oleh FA termasuk Luis Suarez dan Gareth Bale, yang dikatakan sengaja merebahkan badan.

FA juga tidak membuat sebarang hukuman teratas Robert Huth dan Cheick Tiote atas dakwaan memijak pemain lawan.


Skuad Toon terkejut kerana Van Persie tidak dikenakan tindakan selepas menyiku Yohan Cabaye pada perlawanan Ahad lalu.

Ini kerana pengadil Howard Webb mengakui dia terlepas pandang insiden berkenaan ketika United menang 3-0.

"Ia sukar dipercayai. Jika itu bukan tindakan keganasan, jadi apakah ia? Van Persie jelas menyiku Yohan. Nampaknya Manchester United terlepas hukuman lagi," kata sumber Newcastle.

Bagaimanapun, berita yang menggembirakan buat skuad Toon ialah pemain tengah mereka, Tiote tidak dikenakan sebarang tindakan kerana memijak Tom Cleverley.

Suarez juga terlepas dari tindakan sengaja merebahkan badan, dengan jurulatih Stoke, Tony Pulis berang terhadap lakonan penyerang Liverpool itu di Anfield Ahad lalu.

Pemain sayap Spurs, Bale juga tidak berdepan sebarang hukuman selepas melayangkan badan ketika penjaga gol Aston Villa, Brad Guzan mencabarnya di White Hart Lane.

FA merasakan kedua-dua insiden tersebut disaksikan pengadil tetapi tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan. - AGENSI

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top