LONDON - Dua kelab Liga Super China menawarkan tonggak tengah Chelsea, Frank Lampard dengan gaji lumayan selepas cukai berjumlah 250,000 pound (RM1.23 juta) seminggu.

Pasukan tersebut adalah Shanghai Shenhua, yang dibintangi dua bekas rakan kelabnya iaitu Didier Drogba dan Nicolas Anelka dan seteru kelab itu, Beijing Guoan.

Kedua-dua kelab menawarkan 'durian runtuh' sehingga sejuta juta pound (RM4.92 juta) sebulan bagi mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu.


Lampard, 34, boleh berunding dengan mana-mana kelab Januari ini kerana dia akan menjadi ejen bebas selepas kontraknya di Stamford Bridge tamat hujung musim ini.

Masa depannya bersama Blues selepas menabur khidmat sejak 11 tahun lalu tampak kelam, memandangkan Chelsea mempunyai polisi untuk tidak menawarkan lanjutan kontrak lebih daripada setahun kepada mana-mana pemain yang berusia lebih 30 tahun.

Lampard boleh menjangkakan kontrak selama tiga tahun yang bermakna dia bakal menikmati habuan luar biasa 36 juta pound (RM177.05 juta) sepanjang tempoh perkhidmatan berjalan.

Bagaimanapun, dengan kehidupannya sudah terjamin, dia sering memberitahu sahabat-sahabatnya yang dia lebih berminat terhadap cabaran baru berbanding wang.

Kelab Liga Utama Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), LA Galaxy juga difahamkan berminat mendapatkan Lampard sebagai pengganti David Beckham. - AGENSI

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top