Ibu Dirogol Demi Menyelamatkan Anaknya
KUALA LUMPUR – Seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila dirogol di depan anaknya demi menyelamatkan maruah anak perempuannya yang berusia 12 tahun, oleh seorang daripada 2 penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu, Subang.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda tersebut yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit bagi menentukan siapa yang akan menjadi mangsa sama ada dia atau anaknya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu yang tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya menjadi mangsa seorang daripada 2 penyamun berusia lewat 20-an terbabit.
“Sebelum itu, 2 suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika mereka berdua sedang tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat kedua beranak itu serta mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak ingin dicederakan,”.
Sumber itu berkata, suspek telah bertindak menggeledah rumah tersebut sebelum mengambil wang tunai serta barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.
“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak berpuas hati dengan hasil rompakan mereka lalu memberitahu ingin merogol seorang daripada 2 beranak itu.
“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah tersebut, terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan dengan seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,”.
Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -sumber
Haram jadah sungguh perlakuan dua perompak itu dah bagi betis nak peha pulak, dah dapat hasil rompakkan nak rogol budak perempuan lak. Si ibu sanggup mrngadai maruah demi menyelamatkan anak perempuannya. Semoga si ibu tabah apa yg terjadi.
BalasHapusMay Allah bless the innocent mother untuk pengorbanan yang sangat besar ni :'(
BalasHapusItu bukan pengorbanan geng...
HapusItu bukan pengorbanan geng...
HapusItu bukan pengorbanan geng...
HapusYa allah .kalau anak dia x ingat pengorbanan mak dia x tahu la nk cakap ape ...so sad.
BalasHapusKlu mcm ni elok htr santau je...
BalasHapusKesian mak dia..pada suami dia bg motivasi pada isteri jgn pasni awk menyalahkan isteri...
BalasHapusallah hu akbar....
BalasHapusanak dia selamatkan? kalaulah si keparat tu rogol jugak si anak tue memang @#$% lah insan 2 orang tue. For dat girl, jgn lupa pengorbanan ibu itu....
BalasHapusharap 2 perompak/perogol tu dah mampuss
BalasHapussetan pya prompak!
BalasHapuslncau pnye prompak........
BalasHapusmtk cpt ditangkap jek 2 eko setan tue...klu bole bio org awan dpt dlu..kasi lunyai br campak dpt balai...
BalasHapusPerompak mcm 2 kasi je 20 sebatan dan 50 tahun penjara..bru dia tau mcm ne...kpd anknye..ingt la betapa besarnye pengorbanan ibu..
BalasHapus