ARAU – Pihak keluarga Mohd Basri Basharudin, 18, sedang berusaha mencari dana untuk menampung kos pembedahan memasang semula tempurung kepala tiruan anak mereka.

Ibu Mohd Basri, Jamilah Kamis, 41, berkata, setakat ini RM4,000 disumbangkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips).

Keseluruhan kos pembedahan bagi memasang tempurung kepala tiruan tersebut dianggarkan bernilai antara RM7,000 dan RM10,000.


Menurut ibunya, keadaan anak lelakinya itu masih tidak berubah dan hanya mampu terlantar dengan segala urusan dirinya dibantu keluarga.

Tambahnya, dia dan suami, Basharudin Bakar, 46, setakat ini hanya mampu berdoa dan berusaha mengumpul dana supaya Basri dapat dibedah segera.

Katanya, sehingga kini dia juga dimaklumkan permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan menerusi Baitumal Negeri Perlis diluluskan dan berharap dapat membantu menampung kos pembedahan.

Basri sebelum ini seorang anak yang lincah, namun kehidupan beliau berubah selepas kemalangan yang menyebabkan tempurung kepalanya terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku.

Kejadian kemalangan tersebut berlaku apabila anak ketiga pasangan itu tercampak dengan kepala terhentak di atas jalan raya apabila motosikal diboncengnya terbabas.

Menurut bapanya, Basharudin Bakar, 46, ketika kejadian, anak ketiganya itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang sepupunya. Motosikal itu terbabas dan menyebabkan Basri terpelanting.

Sewaktu kemalangan, Basri baru memasuki tingkatan lima dan hanya sempat bersekolah selama sebulan.

“Pada mulanya doktor membuang tempurung kepala Basri di sebelah kanan, namun disebabkan masih ada darah beku, doktor sekali lagi membuang tempurung kepalanya di sebelah kiri pada 25 Jun 2011,” katanya yang tinggal di Kangar, Perlis.

Keadaan Basri setiap hari hanya terlantar tanpa bersuara, dan sebagai ibu bapa merekalah yang harus memastikan keperluannya sentiasa tersedia dan dijaga rapi.

Jamilah berkata, setiap tutur kata yang diluahkan olehnya dan suami difahami Basri. Namun kerana ketiadaan tempurung kepala, dia tidak mampu bercakap dan hanya memberi isyarat mata tanda faham.


Pengasas Festival Fesyen Islam (IFF) Datuk Raja Rezza Shah Zurin dilaporkan turut melawat mangsa sempena IFF Kangar 2012. Turut mengiringi Raja Rezza Shah ialah pelakon Iqram Dinzly, Catriona Ross dan penyanyi Rohana Jalil serta Pegawai Zakat MAIPs, Ustaz Nazim Mohd Nor.

# Kepada orang ramai yang ingin membantu keluarga Basri, sumbangan boleh disalurkan menerusi  akaun yang tertera di atas, kempen ini turut di sertai oleh akhbar Sinar Harian. -sumber


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top