KINABATANGAN: Menakutkan, lebih 10 tenaga lelaki dewasa termasuk sepasukan kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah diperlukan, sebelum berjaya menumpaskan seekor buaya gergasi sepanjang 5.2 meter yang ditemui di Sungai Kinabatangan, Ahad lalu.

Ketangkasan buaya jantan yang digelar ‘Si Ganas’ itu ditangkap bukanlah kerana membaham atau mengganggu manusia, sebaliknya bagi membolehkan sepasukan penyelidik memasang penanda bertujuan memantau pergerakan sang bedal terbabit.


Di dalam misi pemburuan itu, JHL bersama Tasik Girang Field Centre (DGFC) memasang jerat, sebelum umpan yang diberikan disambar reptilia berkenaan.


Sebaik sahaja buaya itu ditangkap dan dibawa ke darat, buaya itu dipasang penanda yang membolehkan ia dijejaki menerusi satelit bagi tujuan penyelidikan.

Projek berkenaan dijalankan menerusi pembiayaan Zoo Chester dan DGFC.

Pengarah JHL Sabah, Dr Laurentius Ambu, berkata reptilia itu adalah buaya jantan ketiga ditandakan penanda satelit di Kinabatangan menerusi projek yang dijalankan Unit Menyelamat Hidupan Liar jabatan itu dan DGFC.

“Bagaimanapun, dua buaya yang ditandakan pada Jun 2011 dan Januari lalu tidak dapat dikesan selepas dua bulan ditanda.

“Kami berharap penanda pada Si Ganas dapat bertahan lama bagi membolehkan pergerakannya direkodkan,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah DGFC yang juga Ketua Program Buaya Kinabatangan, Dr Benoit Goossens, berkata hasil pemantauan dalam tempoh tiga hari selepas ditanda dan dilepaskan, buaya berkenaan sudah bergerak sejauh kira-kira lima kilometer.

“Keadaan itu seolah-olah menunjukkan ia bukan haiwan pemastautin,” katanya.

Tambah Goosens, pasukannya juga menjalankan kaji selidik menerusi pemetaan lokasi bersarang yang menunjukkan penurunan habitat dan campur tangan manusia mempengaruhi tingkah laku buaya di lokasi berkenaan. -sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top