KUALA LUMPUR – Perjalanan semua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Pantai Timur akan mengalami gangguan perkhidmatan sekurang-kurangnya selama dua jam pada 8 Oktober ini.

Unit Komunikasi Koporat KTMB melalui satu kenyataan media memberitahu, gangguan perjalanan itu berikutan kerja-kerja menaik taraf landasan antara sektor Gemas dan Mentakab.


“Semua tren di sektor laluan Pantai Timur akan mengalami gangguan perkhidmatan melebihi dua jam bermula 8 Oktober ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, berikut kerja-kerja naik taraf itu juga, perkhimatan tren Shuttle No. 91 dan 92 akan dijadualkan untuk beroperasi hanya antara sektor Gemas – Woodlands pada 9 Oktober ini.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh melayari laman web www.ktmb.com.my. -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top