Tan Chong Yakin Nissan Almera Baru
KUALA LUMPUR — Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), unit milik penuh Tan Chong Motors Holdings Bhd, berkeyakinan bahagian pasarannya akan meningkat dengan ketara selepas pelancaran kereta keluarga Nissan Almera.
Pengarah Eksekutif Datuk Dr Ang Bon Beng berkata bahagian pasaran Nissan ialah 5.2 peratus sehingga kini, dan menambah beliau berharap ia akan meningkat dengan banyak pada akhir tahun ini dengan pelancaran Almera pada akhir Oktober.
“Sehingga kini, jumlah keluaran industri pada Ogos sebanyak 412,575 unit dan akan meningkat 1.7 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun dan mulai Januari hingga Ogos tahun lepas kami mencapai 405,000 unit,” kata beliau pada majlis penyampaian anugerah kepada ETCM kerana menerajui kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia Asia Pasifik 2012 J.D. Power.
ETCM meraih 796 daripada 1,000, tertinggi dalam 11 jenama dalam kajian yang melihat faktor sedemikian sebagai proses penyerahan dan masa, kertas kerja, urus niaga, jurujual dan kemudahan pengedaran.– BERNAMA
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda