KUANTAN – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) memilih seramai 40 penduduk tempatan untuk menjadi pemandu bas RapidKuantan yang akan mula beroperasi pada 1 Disember ini.

Pengarah Divisyen Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Zohari Sulaiman berkata, pemandu terbabit akan menjalani latihan dalam kelas termasuk mengikuti kursus untuk mendapat lesen memandu kenderaan awam.


“Selain pemandu bas, RapidKuantan turut mengambil pekerja untuk mengisi pelbagai kekosongan lain dalam operasi unit yang sekarang ini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan RapidKL.

“Kecenderungan kami untuk mengisi semua jawatan dengan warga Kuantan kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan penduduk daerah ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Zohari berkata, fasa pertama operasi RapidKuantan akan melibatkan laluan antara Gambang dan Terminal Makmur, laluan antara Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak dan laluan dari Kompleks Mahkamah ke Polisas di Semambu.

Media pada 3 Oktober lalu melaporkan RapidKuantan yang bakal memulakan operasi pada 1 Disember ini dengan 32 buah bas diharap dapat memperkemaskan lagi sistem pengangkutan awam di sekitar bandar ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dipetik berkata, beliau berharap dengan wujudnya perkhidmatan RapidKuantan, masalah pengangkutan awam di bandar ini dapat diselesaikan terutama membabitkan masa dan kekerapan perkhidmatan. -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top