Soalan:
Saya menjalankan perniagaan jual beli kucing. Suatu hari ada pelanggan memberitahu haram saya menjalankan perniagaan sebegini. Terdetik di hati saya, benarkah haram di sisi agama?
Mashitoh, Skudai, Johor.



Jawapan:

Bagi persoalan ini terdapat sebuah hadis di mana seseorang bertanya kepada sahabat Rasulullah yang bernama Jabir berkenaan wang hasil jual beli anjing dan kucing. Jabir menjawab: “Nabi melarang perbuatan seperti itu.” [Shahih Muslim, no: 2933]

Hadis di atas jelas melarang jual beli kucing dan anjing. Hikmah larangan ini ke atas kucing ialah kerana ia merupakan binatang yang Allah cipta dengan ciri-ciri yang menjadi kesukaan ramai, yakni ia boleh dipelihara, dikongsi, dimain-main dan diberi makan-minum oleh sesiapa jua. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di atas menerangkan, pengecualian diberikan kepada kucing terlatih yang dapat dimanfaatkan untuk sesuatu peranan.

Dalam kes ini, dibolehkan jual beli kucing tersebut dan urus niaga tersebut adalah sah.
Bagi anda yang terlibat dengan perniagaan jual beli kucing, saya nasihatkan untuk cuba menukar kepada perniagaan lain. Ini merupakan tindakan yang menepati larangan dalam hadis di atas dan supaya urus niaga yang dilakukan adalah selari dengan kehendak Allah lagi diberkatinya. -melayukini

Posting Komentar

  1. Dengan satu klik je, anda akan dibayar RM0.15, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen.. tapi camne nyer??
    klik je x rugi pn..jom ramai2..
    Fast action, fast result :)
    http://iklansticky.com/hop.php?ref=yuliatimy

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top