Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi tempat mangsa di jumpai mati.


Hasil bedah siasat mendapati, mangsa, dikenali sebagai Lim Wan Ching, 52 dari Sungai Siput, Perak, dipercayai maut akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala akibat dipukul dengan objek keras sebelum ditinggalkan berhampiran hotel itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis masih menyiasat punca serta motif kejadian dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.



“Kita masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi menjejaki mereka yang terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan Sekysen 385 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pemerasan, Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu rompakan sehingga menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 12(2) Arahan Buang Daerah.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui kejadian itu, supaya menghubungi balai polis berhampiran atau hotline 05-2542222,” katanya,

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa ditemui orang awam berhampiran hotel tersebut pada jam 10.45 malam dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai diketuk dengan objek keras oleh individu yang menyerangnya.

Mangsa yang dipercayai diserang di belakang lorong hotel itu kemudian gagal mendapatkan bantuan sebelum mati di lokasi agak tersorok itu. -melayukini

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top