Salam kepada semua pembaca.

Hari ini aku saja-saja gatal tangan untuk mencuba cari duit secara online,sebenarnya dah lama tahu mengenai says ini,tetapi entah la mengapa hati ini tidak terdetik untuk mencuba daftar,padahal bukan guna duit pun.Tahukah korang apakah itu says“Get Rewarded for Sharing”?.Says ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 says di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau ada blog boleh share juga di blog.


Kenapa aku war-warkan pasal says ini kepada korang semua?Bagi aku tak salah jika kita kongsikan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada anda semua,lagipun aku tahu ramai pembaca blog ini yang sudah tentu aktif di FB,twitter malahan tidak kurang juga yang mempunyai blog.Bagi korang yang kaki FB nie,korang pernah dapat duit secara online tanpa menggunakan modal duit sepanjang berfesbuk ini?Kalau pernah dapat baguslah,dapatlah juga menampung bayar bil streamyx ataupun broadband,memang permulaan tidak banyak tetapi blogger penmerah satu hari mendapat lebih dari rm40 ringgit,so...jika sebulan korang darab la sendiri.

Aku tidak mahu sembang kencang tetapi bukti tiada,ini prinscreen yang aku ambil dari blog penmerah untuk rujukan dan bagi semangat bukan untuk korang sahaja,tetapi kepada aku juga bahawasanya jika kita memanfaatkan setiap peluang yang ada,kita akan mendapat pulangan.



Teruja kan?itu biasa bagi seorang blogger yang hebat,tetapi bagi kita yang baru nak memulakan langkah ini,dapat rm0.20 sehari pun jadi la.orang cakap sebagai pembakar semangat,bukanlah niat dihati untuk memaksa korang daftar,tak nak daftar pun xpe,tapi tak rugi pun sebab dengan hanya sekali daftar,says dah bermurah hati bagi kepada korang RM5,jadi la kan?dah boleh beli topup tue,tetapi RM5 tue tak boleh di cash out,kena tunggu minimum rm50 baru leh cash out.

Bagi korang yang merasakan program ini menguntungkan korang.Berikut adalah cara-cara untuk daftar :-

1. Daftar dulu dengan says,klik sini.
2.Klik 'sign up' untuk sign up dan follow arahan yang diberikan,sangat senang.Lepas tue bukak email untuk pengesahan.
3.Lepas tue,korang login dan seterusnya bermulalah aktiviti korang mencari duit dengan share iklan dari says.
4.Klik pada specials,dan korang akan dibawa kepada program yang sedang berjalan,klik pada iklan yang korang pilih dan korang akan diberikan satu links untuk dipromosikan samaada di fb,twitter mahupun blog korang.
5.Klik pada iklan sebagai contohnya iklan Ezy Milk Party,seterusnya klik pada broadcast dan korang akan diberikan satu link untuk dipromote.Setiap iklan ada limit,contohnya iklan dibawah,bila orang klik akan dibawa terus ke iklan seperti dibawah.



6.Dah dapat link untuk dipromote,korang kena ringkaskan lagi url di bit.ly.seperti dibawah
** untuk mendapatkan lebih earning ataupun orang klik lebih banyak semasa korang promote di fb,twitter ataupun blog,korang ciptakanlah ayat yang manis,tetapi awas,jika iklan itu mengenai iphone sebagai contoh,jangan lah pula korang buat ayat camni lak "gambar rozita che wan sedang mandi,klik disini untuk lihat",jangan pernah menipu cara camtu tau,sebab nanti rezeki jadi x berkat pulak.

**aku pasti ramai yang akan dapat earning lagi banyak dari aku sebab korang mesti ramai kawan kat fb,terutamanya kaum hawa.so ambil peluang sekarang,beza antara orang kaya dengan orang miskin ialah,orang kaya akan ambil apa saja peluang tetapi orang yang miskin dan tak berjaya,akan cakap,ahh,,,,malas aku..mengarut semua tue..bila orang dah berjaya.ko yang melopong...ambik ko!!!hehe

Setiap klik dari kawan-kawan korang sama ada di fb,twitter ataupun blog,korang akan mendapat rm0.20 -0.40.Kira banyak juga la kan?Jika korang pandai buat ayat ataupun mepunyai ramai kawan rasanya lagi banyak la korang dapat,setakat nak dapat rm40 tue celah gigi je kan?

Posting Komentar

  1. http://MegaStoon.Com/?share=49287

    http://sms.megastoon.com/sms.php?share=49287

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top