Pelanggan sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini gempar apabila dikejutkan dengan tiga das tembakan kira-kira jam 7 malam tadi.

Difahamkan ada pelanggan yang tercedera dalam kejadian itu tetapi Sinar Harian Online tidak pasti jumlah mangsa.

Ketika kejadian, pelanggan stesen Ong Sok Cha bersama dua rakannya, yang sedang mengisi minyak, dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.


 “Saya tidak nampak kelibat orang yang melepaskan tembakan, cuma saya terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dan menyebabkan saya serta dua rakan saya panik,” katanya ketika ditemui.

“Disebakan kejadian itu, kereta milik suami saya pecah cermin sisi kanan di bahagian pemandu akibat terkena serpihan peluru,” katanya.



sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top