Anang & Ashanty Pilih Phuket Untuk Berbulan Madu
JAKARTA: Pasangan selebriti Anang Hermansyah dan Ashanty Siddik terpaksa melupakan hasrat untuk berbulan madu ke Maldives kerana pertembungan tempoh percutian itu dengan jadual kerja masing-masing.
“Sepatutnya kami akan terbang ke Maldives pada Jumaat ini tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Ini kerana tiket penerbangan itu pada sebelah malam dan kebetulan bertembung dengan jadual persembahan nyanyian. Maka, kami terpaksa lupakan hasrat itu buat masa ini,” kata Ashanty kepada portal Kapanlagi.com.
Bagaimanapun, Ashanty berkata, dia dan suami sudah menemui lokasi berbulan madu yang baru sebagai ganti iaitu di Phuket, Thailand.
“Akhirnya kami berdua akan berbulan madu ke Phuket, Thailand, pada Jumaat ini. Ini adalah kali pertama kami bercuti berdua-duaan,” katanya.
Anang dan Ashanty bernikah pada 12 Mei lalu di Masjid Albina, Senayan di sini selepas setahun setengah menjalinkan hubungan. -suarapeople
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda