Adab – Adab Melakukan Hubungan Seks Antara Suami Dan Isteri
Hubungan seks adalah hubungan yang suci di antara suami dan isteri. Untuk merasai hubungan seks yang lebih nikmat dan hidup dalam keadaan keluarga yang bahagia, anda di anjurkan untuk menjaga adab – adab ketika melakukan hubungan seks. Berikut adalah adab – adab melakukan hubungan seks antara suami dan isteri
Adab pertama : Jangan bersetubuh melalui dubur
Dubur bukanlah tempat untuk anda setubuh kerana ia tidak berhubung dengan sistem peranakan iaitu tidak berhubung dengan ovari. Selain itu, dubur adalah tempat yang kotor dan anda boleh mendapat pelbagai penyakit jika anda bersetubuh di situ. Bersetubuh melalui dubur juga bermakna anda seperti menindas isteri anda kerana kenikmatan sebenar adalah bersetubuh melalui vagina.
Adab Kedua : Sentiasa pastikan isteri anda alami orgasme sebelum anda memancutkan air mani
Ketika anda sedang melakukan hubungan seks dan secara tiba – tiba anda ingin rasa ingin memancutkan air mani, anda perlu kawal untuk tidak pancut jika isteri anda belum alami orgasme. Ini kerana sekali anda terpancut air mani, anda akan rasa lemah untuk memuaskan isteri anda. Secara tidak langsung, isteri anda akan rasa tidak puas ketika melakukan hubungan seks kerana dirinya belum alami orgasme.
Adab ketiga : Sentiasa mencium mulut pasangan anda
Hubungan seks adalah hubungan penyatuan dua insan. Penyatuan tersebut melibatkan pernafasan, tubuh, emosi dan perlakuan. Anda akan rasa lebih nikmat jika anda selalu mencium mulut pasangan anda ketika melakukan hubungan seks kerana anda berdua bersatu nafas ketika itu. Selain itu, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan anda dan pasangan anda.
Adab Keempat : Lakukannya dengan kerelaan pasangan anda
Jangan merogol pasangan anda atau memaksa pasangan anda untuk lakukan hubungan seks kerana ia tidak akan beri apa – apa kebaikan pada anda dan pasangan anda. Merogol dan memaksa adalah sifat binatang. Jika isteri anda sedang datang haid, jangan sesekali anda memaksa dia untuk berhubungan seks. Selain itu, jika pasangan sedang sakit jangalah anda memaksa mereka. Seks yang di lakukan dengan rasa rela akan beri lebih kebahagiaan berbanding dengan rasa terpaksa. – Kuat Batijn
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda